Terdapat beberapa pantang larang di dalam
Permainan Dabus khususnya terhadap
Anak Dabus.

- Anak dabus tidak boleh dilangkah kerana dikhuatiri akan memberi kesan yang tidak baik kepada penari terutama apabila mere-ka mencucuk anak dabus ke lengan.
- Anak dabus tidak boleh dihalakan ke perut , dan ke kepala bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku meman-dangkan kepada keadaan anak dabus yang tajam.
- Tidak boleh dipegang oleh orang luar dari ahli-ahli kumpulan dabus itu sendiri. Ini untuk mengelak dari perbuatan khianat. Mengikut pengalaman, pernah penari dabus mengalami pengaliran yang tidak berhenti kesan dari tikaman anak dabus yang 'di-khianati' itu.
- Tidak boleh ditikam ke tanah kerana jika berbuat demikian, anak dabus akan 'lemah'.
- Tidak boleh dipegang oleh perempuan yang sedang kedatangan haid. Ini kerana anak-anak dabus itu telah dijampi dengan ayat-ayat suci al- Quran.
- Tidak boleh meletakkannya secara pangkal yang tajam dihalakan ke atas atau ke langit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan