Ciri-ciri muzik dan persembahan Dabus boleh disenaraikan seperti berikut:
- Muzik Dabus tergulung dalam kategori muzik rakyat. Ini adalah kerana muzik ini terbit dari salasilah kebudayaan rakyat biasa,dimainkan sendiri oleh rakyat dan dipersembahkan untuk tontonan rakyat sahaja.
- Dinyanyikan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Arab.
- Merupakan persembahan muzik nyanyian dan tarian.
- Lagu-lagu bertemakan puji-pujian kepada Allah dan Rasul.
- Berfungsi sebagai satu bentuk hiburan.
- Dahulunya dipersembahkan pada di majlis-majlis keramaian seperti pertunangan perkahwinan,memulakan kerja bersawah dan sebagai hiburan di waktu lapang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan