Rabu, Julai 30, 2008

Tarian Dabus: Susun Sirih

Salah satu Tarian Dabus yang dikenalpasti di Perak ialah Susun Sirih.


Tarian ini ditarikan oleh seramai empat orang penari atau lebih mengikut kesesuaian tempat. Tarian ini juga digelar tarian langkah empat yang mana penari-penari akan membuat langkah ke kiri, ke kanan, ke belakang dan mara ke hadapan. Apabila bergerak ke kiri, kaki kanan melangkah menyilangi kaki kiri dan apabila bergerak ke kanan, kaki kiri melang¬kah menyilangi kaki kanan.

Begitulah juga apa¬bila berundur ke belakang kaki kiri melangkah menyilangi kaki kanan dan mara ke hadapan dengan kaki kanan melangkah menyilangi kaki kiri. Susun sireh ini dipersembahkan di majlis-majlis pertunangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan