Pada peringkat awal pengenalan dabus di negeri ini nasyid dabus dilagukan dalam bahasa Arab dan lagu-lagu rentak tarinya dinyanyikan sama ada di dalam bahasa Arab atau bahasa melayu mengikut dari mana asal kesenian ini dibawa. Apabila telah sekian lama bertapak di sini, senikata nasyid dan lagu ini mula diubah ke dalam bahasa tempatan iaitu bahasa melayu mengikut kesesuaian tempat serta daya kreativiti penggubahnya.
Dalam Bahasa Arab
“He Allah he Allah
hodal hema kheya maulai
he Allah he Allah
lana mahbud se wa Allah.”
“Mura di seng Allah mura diseng
Kama la izin Allah mura di
mura di yah Allah mura di yah
kama la izin Allah mura di.”
Dalam Bahasa Melayu
“Tuan Haji berbaju jubah
pergi. ke padang berburu rusa
orang mengaji memuji Allah
orang sembahyang mengampun dosa”
“Syed.Hassan Syed Hussein
Anak cucu Rasulullah
Mati Hassan tinggal Hussein
Mati berperang Sabilullah”
Contohnya adalah seperti berikut :
Jawab :
He Allah he Allah hoya Allah
Hodal hema le keyai maulai
He Allah he Allah la le mahbud
Sewa Allah
Hadi :
Bishahrin rabie
Qad bawa nuruhul a'la
Faya hab baz badru
Biza kal hema yujla
Jawab :
Mura disin , Allah mura disin
Kamala izin Allah muradin
Mura diya Allah mura diya
Kamala izin Allah muradin
Hadi :
Tanaqal fi adhlabi arbabi sudadin
Kazal' shamsufi abrajiha tatanaqqal
Jawab :
Sa..le la mahkota alam
Bukit zaman kubur aulia
Mari dituntut besi yang tajam
Buat penawar besi yang bisa
Hadi :
Alhamdulillah hillazi a'toni
Hazal ghula mal taiibal. Azdani
Contoh Senikata Lagu Rentak Tari Dabus Yang Lain :-
Adam Siti Hawa
Datuk nenek moyang kita
Mati di Jedah di luar kota
Batu nisannya berjanjar tiga.
Banyak hari perkara hari
Hari Jumaat yang sebenar hari
Banyak nabi perkara nabi
Nabi Muhammad sebenar nabi
Budak-budak pergi ke sekolah
Lagi mendapat lagi terpuji
Cukup duit pergi ke Mekah
Boleh berziarah ke makam Nabi.
Contoh Senikata Rertak Tari Dabus Dalam Bahasa Aceh :
Bon batu bon
Batu sayang batu banilla
Di mana batu membalun
Bak minta doa balunja.





Pada zaman dahulu rebana jarang digunakan. Sebaliknya pemain-pemain menggunakan redap iaitu sejenis alat yang lebih besar daripada gendang. Kini keseluruhan kumpulan dabus menggunakan rebana besar atau lebih dikenali sebagai rebana dabus.

Tergolong dalam keluarga idiofon, Gong memainkan peranan yang penting di dalam sesebuah tarian dabus kerana ia berfungsi menentukan tempo rentak tari.
Seperti halnya di dua tempat lain di Nusantara yakni; Aceh dan Banten, Ternate dan sekitarnya juga adalah tempat tumbuh dan berkembangnya seni Debus di wilayah timur Nusantara yang ada sejak ratusan tahun lalu. Debus di Ternate disebut Dabus atau Badabus. Ritual ini biasanya dipertunjukkan atau dilakukan dalam suatu hajatan yang berupa upacara ritual untuk menebus kaul seseorang yang pernah mengucapkan hajat akan mempertunjukkan Dabus, apabila ia selamat dari sesuatu musibah atau penyakit berat yang dideritanya.

Muzik Dabus tergulung dalam kategori muzik rakyat. Ini adalah kerana muzik ini terbit dari salasilah kebudayaan rakyat biasa,dimainkan sendiri oleh rakyat dan dipersembahkan untuk tontonan rakyat sahaja.
Pada tahun sekitar 1600, dua orang pedagang dari Batu Bahara, Sumatera yang cuma dikenali sebagai Nakhoda Lembang dan Nakhoda Topah datang merantau ke Perak dan memulakan penghidupan di Telaga Nenas, Sitiawan. Ketika berada di situ, kedua-dua nakhoda tersebut berehat dan berlatih bermain dabus pada waktu malam sehingga menarik perhatian penduduk setempat dan terus berkembang di situ.
Menurut cerita-cerita mulut, kisah bermula sejak zaman pembinaan Islam, semasa Khalifah Zainal Abidin anak kepada Saidina Hassan dan cucu kepada Saidina Ali. Dalam masa itu telah berlaku perselisihan antara dua puak hingga menyebabkan berlaku peperangan.
