Pantang Larang Tarian Dabus  

Posted in

Terdapat beberapa pantang larang di dalam Permainan Dabus khususnya terhadap Anak Dabus.

  • Anak dabus tidak boleh dilangkah kerana dikhuatiri akan memberi kesan yang tidak baik kepada penari terutama apabila mere-ka mencucuk anak dabus ke lengan.

  • Anak dabus tidak boleh dihalakan ke perut , dan ke kepala bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku meman-dangkan kepada keadaan anak dabus yang tajam.

  • Tidak boleh dipegang oleh orang luar dari ahli-ahli kumpulan dabus itu sendiri. Ini untuk mengelak dari perbuatan khianat. Mengikut pengalaman, pernah penari dabus mengalami pengaliran yang tidak berhenti kesan dari tikaman anak dabus yang 'di-khianati' itu.

  • Tidak boleh ditikam ke tanah kerana jika berbuat demikian, anak dabus akan 'lemah'.

  • Tidak boleh dipegang oleh perempuan yang sedang kedatangan haid. Ini kerana anak-anak dabus itu telah dijampi dengan ayat-ayat suci al- Quran.

  • Tidak boleh meletakkannya secara pangkal yang tajam dihalakan ke atas atau ke langit.

Peralatan Persembahan Tarian Dabus  

Posted in


Di dalam satu-satu permainan atau persembahan tarian dabus asli terdapat beberapa jenis peralatan yang di gunakan bagi mengiringi dan menjamin keselamatan para penari. Peralatan-peralatan ini dapat dikategorikan seperti berikut:-
  • Alat-alat muzik.
  • Peralatan Tarian.
  • Peralatan Pemulihan.
  • Pakaian.

p/s Sila klik pautan yang berkaitan untuk rujukan lanjut.

Tarian Dabus: Lang Sewah  

Posted in

Tarian agresif di dalam persembahan Tarian Dabus - Lang Sewah.


Tarian ini lebih agresif jika dibandingkan dengan tarian-tarian dabus yang lain. Di dalam tarian ini penari-penari akan melangkah ke hadapan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan dengan tangan diangkat tinggi dan dibukakan sebagaimana keadaan burung helang hendak menyambar mangsanya. Tarian ini dikhaskan untuk persembahan di majlis diraja.